Selamat Datang Ke Blog Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam


Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Sabak Bernam Bagi Tahun 2012


Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 21 Mac 2012 hari Rabu, bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Dianggarkan lebih daripada 300 orang Penjawat Awam yang telah hadir ke perhimpunan ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Basir Bin Sahir. Seterusnya nyanyian lagu Negeri Selangor, lagu Negaraku, lagu rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam dan lagu Warisan. Nyanyian di iringi kumpulan koir Majlis Daerah Sabak Bernam. Seterusnya bacaan ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia.
Majlis diteruskan dengan sesi memperkenalkan diri oleh kakitangan yang baru berkhidmat di Daerah Sabak Bernam. Seterusnya majlis di akhiri dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Zailani Bin Kadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam.

                                







Pelancaran Penubuhan Kelab Berbasikal Daerah Sabak Bernam

Pada 4 Januari 2012, bermula jam 3 petang bertempat di Stadium Sungai Besar.  Pelancaran penubuhan kelab berbasikal daerah Sabak Bernam disertai oleh beberapa jabatan kerajaan antaramya MDSB, IPD, PPD, PDSB, TNB, Syabas, Pelajar-pelajar sekolah, kelab-kelab persendirian dan orang awam.  Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Hasan Nawawi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang serta ahli kelab Sukan MPKJ. 
Pengisian program:
• Pelepasan peserta berbasikal dari De Muara Sungai Hj Dorani, oleh YB Tuan Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan.
• Perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring antara MPKj dengan Majlis Daerah Sabak    Bernam. 
Harapan Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam sebagai penaung kelab,  program yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara jabatan-jabatan kerajaan dan orang awam, memupuk semangat kesukanan, beriadah dengan cara sihat dan berharap akan diadakan Program Berbasikal De Bendang pada tahun ini sebagai salah satu tarikan pelancong ke daerah Sabak Bernam.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai kelab sila berhubung terus dengan Setiausaha kelab Berbasikal Encik Nor Azam bin Mohd Rafiai ditalian 03-32241414 samb: 225.



Perkhidmatan MDSB


Kemudahan & Infrastruktur
Dewan & Stadium
  1. Dewan Seri Bernam, Sungai Besar
  2. Dewan Tun Abd Razak, Sabak Bernam
  3. Dewan Seri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar
  4. Dewan DataranTanah Lesen, Parit Baru
  5. Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan
  6. Dewan Dato Fauzi, Pasir Panjang
  7. Dewan Simpang Lima
  8. Dewan Parit 6, Sungai Panjang
  9. Dewan Takraw, Bagan Nakhoda Omar
  10. Stadium Sungai Besar
  11. Kompleks Sukan @ Stadium Sabak Bernam
  12. Dewan Kecil Sungai Air Tawar
  13. Dewan Baru Sungai Air Tawar
  14. Dewan Baru Kampung Hala Cara Baru, Sungai Panjang
  15. Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong
  16. Dataran Merbau Berdarah, Sungai Panjang
  17. Dataran Rakyat, Taman Berjaya, Sabak Bernam
  18. Dataran Usahawan, Sabak Bernam
  19. Dataran Tanah Lesen
Padang & Gelanggang
  1. Gelanggang Badminton Dewan Sekinchan
  2. Gelanggang Badminton Dewan Dato Fauzi Pasir Panjang
  3. Gelanggang Badminton Dewan Seri Bernam, Sungai Besar
  4. Padang Futsal Dewan Seri Bernam, Sungai Besar
  5. Padang Tonggak 10, Sungai Besar
  6. Padang Bola Sepak Stadium Sungai Besar
  7. Gelanggang Sepak Takraw Stadium Sungai Besar
  8. Gelanggang Bola Tampar Stadium Sungai Besar
  9. Padang Bola Jaring Stadium Sungai Besar
  10. Padang Olahraga Stadium Sungai Besar
  11. Gelanggang Badminton Dewan Parit 6 Sungai Besar
  12. Gelanggang Badminton Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
  13. Padang Bola Keranjang Dataran Rakyat, Sabak Bernam
  14. Padang Bola Sepak Stadium Sabak Bernam
  15. Padang Olahraga Stadium Sabak Bernam
  16. Gelanggang Badminton Dewan Seri Nakhoda Omar
  17. Gelanggang Sepak Takraw Dewan Sepak Takraw Bagan Nakhoda Omar
  18. Gelanggang Badminton Dewan Tanah Lesen Parit Baru
  19. Gelanggang Badminton Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang
  20. Padang Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong
  21. Padang Dataran Merbau Berdarah Sungai Panjang
  22. Padang Dataran Rakyat Sabak Bernam
  23. Padang Dataran Usahawan Sabak Bernam

Kaunter Bayaran
Waktu Urusan Kaunter Bayaran
Hari 
Masa

Isnin - Khamis

8.00 pg – 4.30 ptg
Kaunter Rehat
1.00 ptg – 2.00 ptg

Jumaat

8.00 pg – 4.30 ptg
Kaunter Rehat
12.45 tgh – 2.45 ptg

Sabtu & Ahad

Kaunter tidak beroperasi kerana hari cuti

Urusan Kaunter Bayaran
Kaunter menerima segala urusan pembayaran berkenaan MDSB seperti:-

- Cukai Taksiran MDSB
- Sewa premis MDSB
- Lesen / Permit MDSB
- Kompaun MDSB
- Sewa Alat / Dewan MDSB
- Cagaran MDSB
- Bayaran Pelan / Pembangunan dan lain-lain

Kaunter juga menerima urusan pembayaran Bil Cukai Taksir PBT Selangor.
Muat Turun Borang 
Pengguna boleh mendapatkan / memuat turun borang di halaman ini bagi memudahkan pengguna mengisi serta menghantar borang yang disediakan. 

Majlis Angkat Sumpah

Laporan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Sabak Bernam


Pada 7 Mac 2012 (Rabu) telah diadakan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Sabak Bernam. Majlis Angkat Sumpah bermula pada 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari, bertempat di Bilik Gerakan Bunga Mawar, Majlis Daerah Sabak Bernam. Mereka yang terlibat adalah semua Ahli Majlis yang baru dilantik.

Majlis Angkat Sumpah diadakan untuk lantikan Ahli Majlis baru bagi sesi 2012/2013. 22 orang Ahli Majlis yang telah dilantik. Seramai 20 orang Ahli Majlis yang hadir pada hari berkenaan. Acara dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, En. Zailani Kadir.
Acara diteruskan dengan Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Perakuan menyimpan Rahsia Dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Semua Ahli Majlis perlu mengangkat sumpah dan menandatangani perakuan tersebut. Ahli Majlis yang baru menerima perlantikan juga membuat Ikrar atau Akujanji Integriti Ahli Majlis. Ini sebagai syarat yang perlu dilakukan setelah menerima perlantikan sebagai Ahli Majlis.

Acara seterusnya adalah taklimat ringkas mengenai Majlis Daerah Sabak Bernam. Taklimat ringkas disampaikan dengan tayangan slaid. Diharap agar Ahli-ahli Majlis yang dilantik bagi sesi 2012/2013 dapat memberi komitmen yang terbaik agar dapat membawa kebaikan bersama untuk Majlis Daerah Sabak Bernam.












Pemantapan Budaya 5S




Laporan Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti-Pemantapan Budaya 5S

Unit Latihan Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti-Pemantapan Budaya 5S pada 20 Februari 2012(Isnin). Kursus bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 5.30 petang, bertempat di Bilik Gerakan Bunga Mawar, Majlis Daerah Sabak Bernam. Seramai 50 orang peserta yang terlibat. Mereka yang terlibat adalah semua kakitangan daripada semua bahagian.
Unit Latihan  mengadakan kursus sehari ini bagi memantapkan budaya amalan persekitaran berkualiti (5S) kepada semua kakitangan dengan bertujuan untuk memantapkan budaya 5S kepada kakitangan lama dan memberi pendedahan dan membudayakan amalan 5S kepada kakitangan baru.
Fasilitator yang terlibat ialah Dr. Yusof Rabu. Beliau merupakan perunding kualiti yang diiktiraf MPC untuk menjayakan kursus ini iaitu Pro-Mind Solution yang juga merupakan perunding yang telah membantu Majlis Daerah Sabak Bernam memperolehi persijilan 5S pada tahun 2011. Kebersihan dan disiplin adalah perkara penting untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan ditempat kerja. Program 5S mengfokuskan kepada gerak kerja pembersihan, disiplin, metodologi dan teknik.
5S ialah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Seiri bermaksud menyisih barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan buangkannya. Seiton ialah menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah untuk diambil dan dikembalikan semula. Manakala, Seiso bermaksud membersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan. Seterusnya, Seiketsu bermaksud memastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan. Dan yang terakhir, Shitsuke ialah sentiasa mengamalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya dalam sesebuah organisasi.
Antara kandungan kursus tersebut adalah kepentingan 5S. Antara kepentingan 5S ialah produktiviti, kualiti, kos, penghantaran, keselamatan dan moral. Seterusnya turut dibincangkan adalah 3 jenis perbezaan tempat kerja. Perbezaan tempat kerja dibahagikan kepada kelas ketiga, kelas kedua dan kelas pertama. 4 kunci utama kejayaan 5S turut dirungkai oleh fasilitator. Kunci kejayaan 5S antaranya ialah kesungguhan dan sokongan yang berterusan oleh pihak pengurusan, 5S bermula dari pendidikan dan latihan, tidak ada pemerhati didalam 5S dan semua orang perlu terlibat dan ulangi putaran 5S untuk mencapai standard yang lebih tinggi. Diharap agar kursus ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pekerja dan organisasi.








Kempen

Tips Keselamatan Jalan Raya


Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati. Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:
  • Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan. Ikut had laju yang ditentukan. 
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. 
  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning. 
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius. 
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. 
  • Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna. 
  • Elakkan mencelah di antara kenderaan. 
  • Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan. 
  • Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk. 
  • Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak 
  • Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu. 
  • Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan. 
  • Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja) 
  • Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan. Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas. 
  • Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya. 
Semoga dengan langkah-langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan. Jangan terburu-buru di jalan raya kerana yang penting anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat.

Artikel

Taksiran Cukai MDSB


Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Taksiran?
Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti:-


• Rumah/Kediaman,


• Bangunan perniagaan dan perusahaan (kedai, kilang, hotel dsbnya),


• Tanah/lot kosong yang terletak dalam kawasan MDSB.




Bagaimana Kaedah Pengiraan Cukai Taksiran?
Cukai Taksiran dikira sama ada menurut nilai pegangan berpandukan keluasan, jenis atau sewa yang dibayar bagi pegangan berkenaan.




Bagaimana Cara Membayar Cukai Taksiran?
Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali dalam setahun seperti berikut:


• Bagi ½ tahun pertama - 1 Januari hingga 28(29) Februari;


• Bagi ½ tahun kedua - 1 Julai hingga 31 Ogos; atau dibayar sekaligus untuk setahun sebelum 28(29) Februari tahun berkenaan.




Kaedah Kutipan Cukai Taksiran.


Bil-bil cukai akan diedarkan kepada semua pemegang harta pada awal bulan Januari (1/2 tahun pertama) dan bulan Julai ( ½ tahun kedua) bagi setiap tahun.


• Tempoh 2 bulan diberikan untuk semua pemilik harta membuat bayaran cukai taksiran.


• Selepas tempoh 2 bulan, sekiranya masih gagal menjelaskan cukai taksiran maka NOTIS E (Sek. 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976) akan dikeluarkan bersama-sama dengan denda. Denda yang dikenakan adalah sebanyak 3% daripada jumlah tunggakan.


• Jika masih gagal menjelaskan tunggakan cukai maka WARAN TAHANAN ( NOTIS F) akan dikeluarkan dan tempoh 7 hari akan diberi (Sek. 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976).


• Kegagalan menjelaskan waran dalam tempoh yang diberikan akan menyebabkan HARTA ANDA DISITA.




Apa yang patut dilakukan oleh pemilik harta apabila tidak menerima bil Cukai Taksiran?
Datang sendiri ke Kaunter Bil Majlis Daerah Sabak Bernam di Sungai Besar untuk mendapatkan bil-bil tersebut. Sila berikan maklumat seperti berikut untuk kemudahan carian:-


• Nombor rumah dan kedudukan harta pegangan.


• Nombor akaun (jika ada) atau kemukakan bil lama untuk rujukan.




Apa yang perlu dilakukan oleh penyewa sekiranya Cukai Taksiran tidak dibayar oleh pemilik pegangan?
Penyewa boleh mengemukakan bil Cukai Taksiran itu kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan bil-bil tersebut, harta penyewa yang terdapat dalam pegangan itu boleh ditahan. Untuk melindungi barang-barang penyewa daripada ditahan oleh MDSB, penyewa boleh membayar sewa pegangan itu kepada MDHS sehingga tunggakan itu dijelaskan sepenuhnya. Penyewa akan dilindungi oleh Seksyen 151 (6) Akta 171.




Membeli rumah/tanah dalam kawasan MDSB.

Apa yang patut dilakukan?
Semak dahulu dengan MDSB nama pemilik dalam daftar MDSB, tunggakan Cukai Taksiran bagi rumah/tanah untuk tujuan pindah hakmilik. Seksyen 146 dan 160 Akta 171 menyatakan bahawa kadar (tunggakan) adalah tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dengan peguam atau ejen yang menguruskan urusniaga tersebut untuk menentukan cukai (tunggakan) telah dijelaskan oleh pemilik sebenar.




Pertukaran milik pegangan bagi harta (rumah/tanah).


Sila beritahu MDSB dengan segera menggunakan borang I dan J dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindahmilik. Jika gagal berbuat demikian, MDSB boleh mengambil tindakan menurut Seksyen 160(6) Akta 171.


Tidak mampu untuk membayar Cukai Taksiran sekaligus?
Jika pemilik tidak mampu untuk membayar cukai/tunggakan sekaligus, sila datang ke Bahagian Penilaian & Pelaburan MDSB, Sungai Besar untuk membincangkan perkara tersebut dan menyelesaikan masalah cukai taksiran yang dihadapi oleh pemilik pegangan dalam kawasan MDSB.

Berita

(23/09/2011) PBT Terima Peruntukan Tambahan RM44.4 Juta




PUTRAJAYA: Sejumlah RM44.4 juta peruntukan tambahan disalurkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara tahun ini.
Menterinya, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM29.4 juta adalah peruntukan untuk PBT di Semenanjung dan bakinya untuk Sabah dan Sarawak. "Peruntukan itu bagi membolehkan PBT melaksanakan projek-projek pembangunan kecil seperti pembaikan dan naik taraf jalan, longkang, parit, tandas, dewan dan sebagainya.


"Nilai projek juga adalah tidak melebihi RM20,000 bagi setiap projek yang dilaksanakan dan berharap semua PBT dapat menggunakan peruntukan yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peruntukan khas itu di sini hari ini. Beliau berkata, sehingga 15 September tahun ini, sejumlah RM181,890,198.11 peruntukan diluluskan kepada 98 PBT seluruh negara. Chor berkata, peruntukan tambahan diberikan hampir setiap tahun bagi membantu PBT. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian Online, 23 September 2011

Hubungi Kami

Majlis Daerah Sabak Bernam
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan


Telefon: 03-3224 1655/1000


Fax: 03-3224 2766/5399


E-mail: aduan@mdsb.gov.my

Sumber

Perundangan


Akta

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
- Akta ini digubal bertujuan untuk memperincikan mengenai penubuhan, peranan, perjalanan dan kuasa Kerajaan Tempatan seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang.
- Ia berfungsi sebagai akta penting bagi pembentukan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis). Ia mengawal segala urusan dan perjalanan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan, menentukan mengenai bidangkuasa dan tindakan penguatkuasaan, menggubal undang-undang kecil, menjelaskan punca-punca hasil dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133)
- Akta ini digubal untuk mengawal aktiviti pembinaan dan projek pembangunan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan jalan, parit dan bangunan.
- Sebarang penyediaan dan pembinaan jalan, parit dan bangunan serta kerja-kerja tanah perlu mematuhi piawaian kelulusan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk terjamin dan terpelihara.


Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172)
- Akta ini digubal bertujuan untuk memastikan perancangan dan projek pembangunan yang dijalankan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berada di dalam keadaan teratur dan tersusun mengikut zon dan kriteria yang telah ditentukan.
- Ini penting supaya setiap pembangunan yang dirancang bersesuaian dengan kondisi setempat serta seiring dengan peredaran kemajuan semasa.
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
- Akta ini digubal bagi melancarkan dan memperkemaskan hal-hal yang berkaitan urusan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama dengan sempurna.
- Ia memperincikan kuasa dan tanggungjawab pihak-pihak berkaitan ke arah penyenggaraan dan pengurusan Bangunan dan Harta Bersama yang teratur dan berkesan.


Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
- Akta ini digubal untuk memudahkan pecah bahagian bangunan kepada petak-petak dan pelupusan hakmilik-hakmilik berdaftar.
- Ia bagi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan pemegangan petak-petak dalam bangunan, pendaftaran hakmilik yang berhubungan dengan petak-petak dalam bangunan, pemindahmilikan petak-petak dalam bangunan, pajakan-pajakan dan gadaian berkenaan petak-petak dalam bangunan serta hak dan kepentingan dalam bangunan.


Undang-Undang Kecil


1. Undang-Undang Kecil Penjaja (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti di bawah tafsiran penjaja dalam kawasan Majlis termasuk penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini juga penentuan syarat bagi aktiviti dan lesen penjaja tersebut.


2. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Ia bertujuan untuk mengawal aktiviti pembuangan sampah sarap haram di tempat-tempat yang tidak dibenarkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


3. Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan, tred perniagaan dan perindustrian dalam kawasan Majlis.
- Ia bertujuan untuk menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini juga penentuan syarat bagi sesuatu aktiviti yang akan dilesenkan di bawah undang-undang kecil ini.


4. Undang-Undang Kecil Iklan (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan iklan dan pemasangan iklan dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan iklan yang dipamerkan atau pemasangan iklan yang dibuat adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


5. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan iklan pilihanraya dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan semua iklan pilihanraya yang dipamerkan adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


6. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan kerja tanah dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan semua kerja tanah yang dilakukan mempunyai permit kerja, kelulusan dan tataamalannya dipatuhi di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


7. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan tempat letak kereta persendirian dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada penguasaha-pengusaha yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


8. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan tandas awam dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan tandas-tandas awam ini diselenggara dengan baik dan terjaga kebersihannya di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


9. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MDSB) 2007
 - UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan anjing dan rumah pembiakan anjing dalam kawasan Majlis.
- Ia memperjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada pengusaha atau pemilik anjing yang tidak mematuhi peraturan atau yang telah mewujudkan suatu kacau ganggu dan tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


10. Undang-Undang Kecil Taman (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal kawasan yang telah diisytiharkan sebagai suatu taman dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan taman ini sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan terjaga kebersihannya untuk keselesaan orang ramai di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


11. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan vandalisme dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan semua harta Majlis sentiasa berada dalam keadaan baik dan terjaga kebersihannya di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada individu atau kumpulan yang didapati merosakkan harta Majlis termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
12. Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan tanah perkuburan Islam dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan pengebumian di tanah-tanah perkuburan ini diuruskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan di bawah undang-undang kecil ini.


13. Undang-Undang Kecil Pasar (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pasar dalam kawasan Majlis termasuk pasar awam dan pasar persendirian.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


14. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan establisymen makanan dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan dibawah undang-undang kecil ini.


15. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MDSB) 2007
 - UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pengendali makanan dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai dikendalikan dalam keadaan bersih dan mengikut peraturan-peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


16. Undang-Undang Kecil Hotel (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan hotel dalam kawasan Majlis.
 - Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


17. Undang-Undang Kecil Kolam Renang (MDSB) 2007
 - UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan kolam renang dalam kawasan Majlis termasuk kolam renang awam dan kolam renang persendirian.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


18. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


19. Undang-Undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat sukan persendirian dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


20. Undang-Undang Kecil Siber dan Kafe Siber (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat siber dan kafe siber dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


21. Undang-Undang Kecil Krematorium (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal, menyelenggara dan menyelia aktiviti tanah perkuburan bagi orang bukan Islam dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


22. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MDSB) Jalan Parit & Bangunan 2005
- UUK ini digubal untuk memperincikan kesalahan yang boleh dikompaun dan had jumlah bayaran kompaun termasuk tatacara pembayaran kompaun tersebut bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
23. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MDSB) Kerajaan Tempatan 2005
- UUK ini digubal untuk memperincikan kesalahan yang boleh dikompaun dan had jumlah bayaran kompaun termasuk tatacara pembayaran kompaun tersebut bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.


24. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan kerja-kerja pembangunan dan pembinaan bangunan dalam kawasan Majlis.
- Ia memperincikan secara khusus struktur pembinaan sesuatu binaan bagi memastikan bangunan yang dibina menepati garis panduan dan standard piawaian yang telah ditetapkan.


Enakmen

Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau Selangor 1971
- Enakmen ini digubal untuk mengawal haiwan yang tergolong dalam tafsiran kerbau dan lembu dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
- Ianya digubal bagi memperincikan perkara-perkara berhubung dengan haiwan berkenaan, mengenai tindakan penguatkuasa dan kuasa-kuasa dan tanggungjawab-tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengawal haiwan tersebut.




Enakmen Hiburan Dan Tempat Hiburan 1995
- Enakmen ini digubal dalam mengawal aktiviti berkaitan hiburan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dari sudut pelesenan, tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah enakmen ini juga penentuan syarat bagi aktiviti dan lesen hiburan tersebut.


Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 


- Peraturan-peraturan ini digubal dalam mengawal aktiviti berkaitan hiburan di dalam Negeri Selangor.




Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker Dan Video) (Selangor) 1996 


- Peraturan-Peraturan ini diwujudkan bagi mengawal dan menyelia sebarang aktiviti berkaitan permainan snuker dan video di dalam Negeri Selangor.


KAEDAH / PERINTAH


1. Kaedah-kaedah Pekerja Kelakuan & Tatatertib (Majlis Daerah Sabak Bernam) 1995
- UUK ini digubal untuk mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan disiplin kakitangan dan pegawai Majlis.
- Ia memperincikan secara khusus tindakan yang boleh dikenakan kepada kakitangan dan pegawai sekiranya didapati telah melakukan perkara-perkara yang merupakan suatu kesalahan di bawah kaedah-kaedah ini atau mana-mana undang-undang lain seperti yang diputuskan oleh Majlis.


2. Perintah Tetap (Mesyuarat) MDSB 2007
- Perintah ini digubal untuk memastikan perjalanan mesyuarat Majlis samada mesyuarat biasa atau khas supaya sentiasa dalam keadaan terkawal dan berjalan lancar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


3. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukkan Tempat Letak Kereta) MDSB 2007
- Perintah ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan peruntukan mengenai tempat letak kereta dalam kawasan Majlis.
- Ia bertujuan untuk mengawal aliran lalulintas dan mendidik pengguna supaya meletak kereta di petak tempat letak kereta yang disediakan di samping memastikan pengguna membayar caj yang dikenakan.
- Ia juga menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah perintah ini.

Aktiviti Semasa

SEMINAR MALAYSIA GOVERNMENT PORTALS AND WEBSITES ASSESSMENT 2011

Putrajaya – Pada 1 Disember 2011 bertempat di PICC, Putrajaya telah diadakan Seminar Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2011. Dalam seminar ini, sebanyak 285 agensi kerajaan telah berjaya mendapat penarafan 5 bintang di dalam penilaian Laman Web oleh MDEC. Salah satu agensi yang mendapat taraf 5 bintang ini adalah MDSB sendiri. Tahniah kepada MDSB dan semua yang terlibat dalam menjayakan portal MDSB ini.


Info MDSB

Latar Belakang

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan :-
·         Majlis Tempatan Sekinchan
·         Majlis Tempatan Sungai Besar
·         Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, Dan
·         Lembaga Bandaran Sabak Bernam

Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan :-
·         Pekan Sekinchan
·         Pekan Sungai Besar
·         Pekan Sabak Bernam
·         Pekan Bagan Terap
·         Pekan Sungai Haji Dorani
·         Pekan Sungai Nibong
·         Pekan Simpang Lima
·         Kg. Kian Sit (Sekinchan Site ‘A')
·         Pekan Parit Baru
·         Pekan Sungai Air Tawar
·         Pekan Pasir Panjang
·         Pekan Bagan Nakhoda Omar


Fungsi
1.  Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
2.  Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
3.  Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
4.  Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
5.  Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.


Dasar Kualiti

1.   Mempastikan setiap arahan dan dasar Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan segera             bagi memastikan matlamat kerajaan dapat dicapai.
2.   Bersedia melayani dan membaiki kelemahan daripada aduan orang awam berhubung         perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pentadbiran Majlis.
3.   Bersedia untuk menerima setiap teguran dan pandangan yang membina daripada               semua pihak untuk kebaikan bersama masyarakat setempat dan pentadbiran Majlis.


Sistem Pentadbiran dan Pengurusan

Terdapat 9 Jabatan, 20 bahagian dan 4 unit utama bagi membantu sistem pengurusan dan pentadbiran MDSB.

A) Jabatan:-

1.    Jabatan Khidmat Pengurusan
       1.1.    Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia
       1.2.    Bahagian Perolehan Am
       1.3.    Bahagian Teknologi Maklumat
       1.4.    Bahagian Penguatkuasaan

2.    Jabatan Perbendaharaan
       2.1.    Bahagian Perbelanjaan
       2.2.    Bahagian Akaun
       2.3.    Bahagian Hasil
       2.4.    Bahagian Kutipan

3.    Jabatan Penilaian
       3.1.    Bahagian Penilaian
       3.2.    Bahagian Pengurusan Harta
       3.3.    Cawangan Pesuruhjaya Bangunan

4.    Jabatan Perancangan Pembangunan
       4.1.    Bahagian Kawalan Pembangunan
       4.2.    Bahagian Pembangunan Mampan
       4.3.    Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
       4.4.    Unit Pusat Sehenti

5.    Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
       5.1.    Bahagian Pembangunan Projek
       5.2.    Bahagian Penyelenggaraan Infrastuktur
       5.3.    Bahagian Mekanikal dan Elektrikal

6.    Jabatan Kawalan Bangunan

7.    Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran
       7.1.    Bahagian Pentadbiran dan Kawal Selia
       7.2.    Bahagian Kesihatan Awam
       7.3.    Bahagian Alam Sekitar
       7.4.    Bahagian Perlesenan

8.    Jabatan Landskap

9.    Jabatan Belia dan Kemasyarakatan

B) Unit:-

1.    Unit Pusat Setempat (OSC)
2.    Unit Tindakan Cepat (UTC)
3.    Unit Elektrik
4.    Unit Penyelenggaraan
5.    Unit Logistik









Fungsi

 
1. Memberi perkhidmatan perbandaran yang terbaik dan berkualiti kepada     pelanggan;

2. Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang menarik,             bersih dan indah;

3. Memastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan teratur dan     tersusun;

4. Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam;

5. Menyediakan ruang-ruang perniagaan kepada penduduk setempat;  dan

6. Melaksanakan dasar pelesenan dan kawalan pemasaran.


Moto, Misi dan Visi

Moto
Berdaya, Berbakti, Berkualiti

Maksud Moto         

Berdaya
Kemampuan untuk menghasilkan persaingan daripada aspek pendapatan dan pekerjaan yang relatif tinggi berkesinambungan untuk menghadapai persaingan internasional. MDSB mampu bersaing di antara PBT lain di Selangor khasnya dan di Malaysia amnya serta mampu mencapai PBT terbaik menjelang 2025

Berbakti
Memberikan sepenuh kesungguhan dan tumpuan dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang diamanahkan

Berkualiti
Semua warga mempunyai cara dan perancangan kerja yang tersusun serta  memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan daripada semua aspek

Misi
Memberi kesejahteraan kepada masyarakat Sabak Bernam dengan menyediakan perkhidmatan yang Berdaya, Berbakti dan Berkualiti.

Visi
Menjadi Daerah terunggul dalam pembangunan sumberjaya pertanian melalui pencapaian Daerah Agropolitan yang mampan & berdaya maju.


Objektif

1. Memberi perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai,
2. Mewujud kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah bersih dan     menarik,
3. Memastikan perancangan Bandar dan kawalan pembangunan supaya           teratur dan tersusun
4. Menyedia dan menyelenggara infrastruktur kemudahan awam dan               rekreasi,
5. Memupuk perpaduan diantara rakyat yang berbilang bangsa,
6. Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai               kesedaran sivik.


Dasar Kualiti

1. Mempastikan setiap arahan dan dasar Kerajaan Negeri dilaksanakan           dengan segera bagi memastikan matlamat kerajaan dapat dicapai.
2. Bersedia melayani dan membaiki kelemahan daripada aduan orang             awam berhubung perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan           pentadbiran Majlis.
3. Bersedia untuk menerima setiap teguran dan pandangan yang membina     daripada semua pihak untuk kebaikan bersama masyarakat setempat        dan pentadbiran Majlis.
  


Logo