Selamat Datang Ke Blog Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam


Pemantapan Budaya 5S




Laporan Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti-Pemantapan Budaya 5S

Unit Latihan Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti-Pemantapan Budaya 5S pada 20 Februari 2012(Isnin). Kursus bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 5.30 petang, bertempat di Bilik Gerakan Bunga Mawar, Majlis Daerah Sabak Bernam. Seramai 50 orang peserta yang terlibat. Mereka yang terlibat adalah semua kakitangan daripada semua bahagian.
Unit Latihan  mengadakan kursus sehari ini bagi memantapkan budaya amalan persekitaran berkualiti (5S) kepada semua kakitangan dengan bertujuan untuk memantapkan budaya 5S kepada kakitangan lama dan memberi pendedahan dan membudayakan amalan 5S kepada kakitangan baru.
Fasilitator yang terlibat ialah Dr. Yusof Rabu. Beliau merupakan perunding kualiti yang diiktiraf MPC untuk menjayakan kursus ini iaitu Pro-Mind Solution yang juga merupakan perunding yang telah membantu Majlis Daerah Sabak Bernam memperolehi persijilan 5S pada tahun 2011. Kebersihan dan disiplin adalah perkara penting untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan ditempat kerja. Program 5S mengfokuskan kepada gerak kerja pembersihan, disiplin, metodologi dan teknik.
5S ialah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Seiri bermaksud menyisih barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan buangkannya. Seiton ialah menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah untuk diambil dan dikembalikan semula. Manakala, Seiso bermaksud membersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan. Seterusnya, Seiketsu bermaksud memastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan. Dan yang terakhir, Shitsuke ialah sentiasa mengamalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya dalam sesebuah organisasi.
Antara kandungan kursus tersebut adalah kepentingan 5S. Antara kepentingan 5S ialah produktiviti, kualiti, kos, penghantaran, keselamatan dan moral. Seterusnya turut dibincangkan adalah 3 jenis perbezaan tempat kerja. Perbezaan tempat kerja dibahagikan kepada kelas ketiga, kelas kedua dan kelas pertama. 4 kunci utama kejayaan 5S turut dirungkai oleh fasilitator. Kunci kejayaan 5S antaranya ialah kesungguhan dan sokongan yang berterusan oleh pihak pengurusan, 5S bermula dari pendidikan dan latihan, tidak ada pemerhati didalam 5S dan semua orang perlu terlibat dan ulangi putaran 5S untuk mencapai standard yang lebih tinggi. Diharap agar kursus ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pekerja dan organisasi.








No comments:

Post a Comment