Selamat Datang Ke Blog Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam


PENGUMUMAN!

Kayuhan Ambang Merdeka 2015

Majlis Daerah Sabak Bernam akan menganjurkan Kayuhan Ambang Merdeka 2015 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh - 30 Ogos 2015 (Ahad)
Masa  - 9.30 malam
Tempat - Dataran Tonggak 10, Sungai Besar


Dijemput penduduk Daerah Sabak Bernam untuk sama-sama turut serta bagi Kayuhan Ambang Merdeka. T-shirt & Goodies beg untuk peserta terawal dan Hadiah Cabutan Bertuah menanti peserta. Peserta yang berminat boleh mendownload borang yang disediakan.

PENGUMUMAN!


Sambutan Kemerdekaan Ke 58 dan Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor.




Jabatan



Perutusan YDP




PUAN HAJAH AZLINDA BINTI AZMAN, PPT 

Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan izinNya untuk kita meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir MDSB ke arah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang serta perkhidmatan dan layanan yang lebih baik kepada pelanggan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke laman sesawang MDSB ini. Semoga laman ini dapat membantu memberikan informasi yang bermanfaat dan berguna berkaitan dengan pengurusan dan perkhidmatan MDSB khususnya dan Daerah Sabak Bernam amnya.

Saya yang baru menerajui MDSB, 2 Januari 2015, merasakan bahawa tugas untuk membawa MDSB ke arah lebih cemerlang adalah satu tugas yang penuh cabaran. Namun saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh Ketua Jabatan/ Bahagian dan Unit serta sokongan daripada semua Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MDSB, setiap pencapaian, anugerah dan sumber pendapatan akan terus dipertingkatkan. Saya juga berharap agar semua warga kerja MDSB sentiasa mengamalkan prinsip kerja berpasukan, bekerja dalam suasana yang ceria disamping berfikiran positif, kreatif dan inovatif untuk merancang dan melaksanakan sesuatu yang baru bagi meningkatkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Walaupun MDSB adalah PBT yang terkecil berbanding PBT lain namun, kita masih boleh berbangga dengan beberapa anugerah dan pencapaian yang dicapai iaitu Pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dan Anugerah Sijil Bersih 13 tahun berturut-turut. Semenjak 2011 hingga 2014, MDSB telah menerima Anugerah Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Pada tahun 2012, MDSB dianugerahkan Johan Pertandingan Amalan Terbaik Zon Bersih PBT Selangor sempena Malis Pelancaran Zon Bersih Peringkat MBPJ dan Johan Kriteria Pembangunan Aduan Setempat Zon Bersih PBT Selangor. Pada tahun 2012, mengungguli anugerah sempena zon bersih, MDSB telah menerima 4 anugerah sekaligus iaitu Johan kriteria Dokumentasi Zon Bersih sesi 2012-2013e, Johan Kriteria Pengurusan Program Zon Bersih, Kriteria Pemantauan Kebersihan Zon Bersih, Kriteria Dokumentasi Zon Bersih Zon Bersih Sesi 2012-2013(Peringkat  Majlis Daerah). Baru-baru ini juga buat julung kalinya, MDSB mendapat tempat ke 4 dalam Program Sambutan Maulidurrasul 1436H

Saya masih lagi berpegang kepada polisi dan dasar MDSB sedia ada iaitu dari segi pembangunan fasa baharu tahun 2015 hingga 2015 untuk mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan. Walaupun dari segi pembangunannya yang agak perlahan kerana sebahagian besar kawasan adalah hutan simpan dan kawasan pertanian, namun fokus utama adalah untuk mengembang dan membangunkan lagi sektor agro pertanian di daerah ini. saya berusaha untuk menambah baik dan mempromosi daerah ini agar dikenali di Selangor, Malaysia dan peringkat antarabangsa. In shaa Allah.

Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk melihat MDSB ini akan sentiasa Bersih, Indah dan Aman selaras dengan moto MDSB "BERIMAN DAN BUDIMAN"..

Sekian, terima kasih.

BAZAR RAMADHAN TAHUN 2013

Tarikh bazar : 10hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013 atau ( 29 hari puasa )

Borang permohonan dibuka & bayaran tapak bazar akan dibuka bermula : 3 Jun 2013

Tarikh tutup permohonan : 21 Jun 2013.

Undian tapak : 2 Jun 2013

Lokasi/ Petak : i) Kawasan Parking Pasar Awam Sungai Besar (192 Petak)
ii) Dataran Usahawan Sabak Bernam (100 Petak)
iii) Kawasan Parkir Pssar Awam Sekinchan (60 Petak)
iv) Dataran tanah Lesen Parit Baru (40 Petak)

Saiz Petak : 9 meter persegi (10x10)

Fi/ Bayaran : RM270.00 atau RM300.00 seperti berikut :

i) Penjaja
a) RM120.00 (Makanan siap ;atau)
b) RM150.00 (Membakar, memasak di tapak, menghasilkan
bahan buangan)

ii) Sewa kanopi/ pembersihan: RM150.00
EKSPO HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2013

Tarikh : 20hb Julai 2013 hingga 8hb Ogos 2013

Lokasi/Tapak : Stadium Sungai Besar

Bil. Tapak : 69 hingga 80 tapak perniagaan

Saiz Tapak : 36 meter persegi ( 20 x 20 ) dari 40 hingga 46 ruang niaga
9 meter persegi ( 10 x 10 ) bergantung kepada lokasi yang dipilih

Fi/ Bayaran : Khemah Besar : RM1200

- (36 meter persegi ( 20 x 20 ) terdiri dari RM 400.00 untuk caj Permit
Penjaja dan RM 800.00 bagi sewa tanah (penyediaan tapak,
sewa kanopi, promosi, kawalan keselamatan, pendawaian,
bil elektrik kerja - kerja pembersihan dan pembuangan sampah )

: Khemah Kecil : RM 300.00

- (9 meter persegi ( 10 x 10 ) terdiri dari RM 100.00 untuk caj Permit
dan RM 200.00 untuk sewa tanah, penyediaan tapak,
sewa kanopi, promosi, kawalan keselamatan, pendawaian,
bil elektrik kerja - kerja pembersihan dan pembuangan sampah )

KURSUS “TEAMBUILDING” KAKITANGAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM


Satu kursus ‘teambuilding’ bagi kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah diadakan selama 2 hari 1 malam pada 4 April 2012 sehingga 5 April 2012 bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.
Seramai 45 orang peserta terdiri daripada kakitangan MDSB telah menghadiri kursus ini. Kursus yang telah dikelolai oleh Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan MDSB ini memberi peluang kepada para peserta memotivasikan diri serta dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi sekaligus dapat merehatkan minda daripada tekanan kerja di pejabat. Dengan adanya En. Elyas Bin Ismail dari E-Class Training, selaku fasilitator menambahkan lagi keseronokan kursus ini dengan memberikan pengalaman yang cukup indah untuk dikenang.
Antara aktiviti yang di lakukan adalah seperti berakit, ‘night walk’, bersenam, dan juga berperang dengan ‘paintball’.

Diharapkan agar MDSB akan menganjurkan lagi kursus yang berfaedah seperti ini untuk memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara peserta tanpa mengira pangkat dan usia. Syabas dan Tahniah Diucapkan.