Selamat Datang Ke Blog Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam


KURSUS “TEAMBUILDING” KAKITANGAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM


Satu kursus ‘teambuilding’ bagi kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah diadakan selama 2 hari 1 malam pada 4 April 2012 sehingga 5 April 2012 bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.
Seramai 45 orang peserta terdiri daripada kakitangan MDSB telah menghadiri kursus ini. Kursus yang telah dikelolai oleh Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan MDSB ini memberi peluang kepada para peserta memotivasikan diri serta dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi sekaligus dapat merehatkan minda daripada tekanan kerja di pejabat. Dengan adanya En. Elyas Bin Ismail dari E-Class Training, selaku fasilitator menambahkan lagi keseronokan kursus ini dengan memberikan pengalaman yang cukup indah untuk dikenang.
Antara aktiviti yang di lakukan adalah seperti berakit, ‘night walk’, bersenam, dan juga berperang dengan ‘paintball’.

Diharapkan agar MDSB akan menganjurkan lagi kursus yang berfaedah seperti ini untuk memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara peserta tanpa mengira pangkat dan usia. Syabas dan Tahniah Diucapkan.



























Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Sabak Bernam Bagi Tahun 2012


Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 21 Mac 2012 hari Rabu, bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Dianggarkan lebih daripada 300 orang Penjawat Awam yang telah hadir ke perhimpunan ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Basir Bin Sahir. Seterusnya nyanyian lagu Negeri Selangor, lagu Negaraku, lagu rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam dan lagu Warisan. Nyanyian di iringi kumpulan koir Majlis Daerah Sabak Bernam. Seterusnya bacaan ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia.
Majlis diteruskan dengan sesi memperkenalkan diri oleh kakitangan yang baru berkhidmat di Daerah Sabak Bernam. Seterusnya majlis di akhiri dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Zailani Bin Kadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam.

                                







Pelancaran Penubuhan Kelab Berbasikal Daerah Sabak Bernam

Pada 4 Januari 2012, bermula jam 3 petang bertempat di Stadium Sungai Besar.  Pelancaran penubuhan kelab berbasikal daerah Sabak Bernam disertai oleh beberapa jabatan kerajaan antaramya MDSB, IPD, PPD, PDSB, TNB, Syabas, Pelajar-pelajar sekolah, kelab-kelab persendirian dan orang awam.  Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Hasan Nawawi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang serta ahli kelab Sukan MPKJ. 
Pengisian program:
• Pelepasan peserta berbasikal dari De Muara Sungai Hj Dorani, oleh YB Tuan Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan.
• Perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring antara MPKj dengan Majlis Daerah Sabak    Bernam. 
Harapan Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam sebagai penaung kelab,  program yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara jabatan-jabatan kerajaan dan orang awam, memupuk semangat kesukanan, beriadah dengan cara sihat dan berharap akan diadakan Program Berbasikal De Bendang pada tahun ini sebagai salah satu tarikan pelancong ke daerah Sabak Bernam.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai kelab sila berhubung terus dengan Setiausaha kelab Berbasikal Encik Nor Azam bin Mohd Rafiai ditalian 03-32241414 samb: 225.



Perkhidmatan MDSB


Kemudahan & Infrastruktur
Dewan & Stadium
  1. Dewan Seri Bernam, Sungai Besar
  2. Dewan Tun Abd Razak, Sabak Bernam
  3. Dewan Seri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar
  4. Dewan DataranTanah Lesen, Parit Baru
  5. Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan
  6. Dewan Dato Fauzi, Pasir Panjang
  7. Dewan Simpang Lima
  8. Dewan Parit 6, Sungai Panjang
  9. Dewan Takraw, Bagan Nakhoda Omar
  10. Stadium Sungai Besar
  11. Kompleks Sukan @ Stadium Sabak Bernam
  12. Dewan Kecil Sungai Air Tawar
  13. Dewan Baru Sungai Air Tawar
  14. Dewan Baru Kampung Hala Cara Baru, Sungai Panjang
  15. Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong
  16. Dataran Merbau Berdarah, Sungai Panjang
  17. Dataran Rakyat, Taman Berjaya, Sabak Bernam
  18. Dataran Usahawan, Sabak Bernam
  19. Dataran Tanah Lesen
Padang & Gelanggang
  1. Gelanggang Badminton Dewan Sekinchan
  2. Gelanggang Badminton Dewan Dato Fauzi Pasir Panjang
  3. Gelanggang Badminton Dewan Seri Bernam, Sungai Besar
  4. Padang Futsal Dewan Seri Bernam, Sungai Besar
  5. Padang Tonggak 10, Sungai Besar
  6. Padang Bola Sepak Stadium Sungai Besar
  7. Gelanggang Sepak Takraw Stadium Sungai Besar
  8. Gelanggang Bola Tampar Stadium Sungai Besar
  9. Padang Bola Jaring Stadium Sungai Besar
  10. Padang Olahraga Stadium Sungai Besar
  11. Gelanggang Badminton Dewan Parit 6 Sungai Besar
  12. Gelanggang Badminton Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
  13. Padang Bola Keranjang Dataran Rakyat, Sabak Bernam
  14. Padang Bola Sepak Stadium Sabak Bernam
  15. Padang Olahraga Stadium Sabak Bernam
  16. Gelanggang Badminton Dewan Seri Nakhoda Omar
  17. Gelanggang Sepak Takraw Dewan Sepak Takraw Bagan Nakhoda Omar
  18. Gelanggang Badminton Dewan Tanah Lesen Parit Baru
  19. Gelanggang Badminton Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang
  20. Padang Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong
  21. Padang Dataran Merbau Berdarah Sungai Panjang
  22. Padang Dataran Rakyat Sabak Bernam
  23. Padang Dataran Usahawan Sabak Bernam

Kaunter Bayaran
Waktu Urusan Kaunter Bayaran
Hari 
Masa

Isnin - Khamis

8.00 pg – 4.30 ptg
Kaunter Rehat
1.00 ptg – 2.00 ptg

Jumaat

8.00 pg – 4.30 ptg
Kaunter Rehat
12.45 tgh – 2.45 ptg

Sabtu & Ahad

Kaunter tidak beroperasi kerana hari cuti

Urusan Kaunter Bayaran
Kaunter menerima segala urusan pembayaran berkenaan MDSB seperti:-

- Cukai Taksiran MDSB
- Sewa premis MDSB
- Lesen / Permit MDSB
- Kompaun MDSB
- Sewa Alat / Dewan MDSB
- Cagaran MDSB
- Bayaran Pelan / Pembangunan dan lain-lain

Kaunter juga menerima urusan pembayaran Bil Cukai Taksir PBT Selangor.
Muat Turun Borang 
Pengguna boleh mendapatkan / memuat turun borang di halaman ini bagi memudahkan pengguna mengisi serta menghantar borang yang disediakan. 

Majlis Angkat Sumpah

Laporan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Sabak Bernam


Pada 7 Mac 2012 (Rabu) telah diadakan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Sabak Bernam. Majlis Angkat Sumpah bermula pada 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari, bertempat di Bilik Gerakan Bunga Mawar, Majlis Daerah Sabak Bernam. Mereka yang terlibat adalah semua Ahli Majlis yang baru dilantik.

Majlis Angkat Sumpah diadakan untuk lantikan Ahli Majlis baru bagi sesi 2012/2013. 22 orang Ahli Majlis yang telah dilantik. Seramai 20 orang Ahli Majlis yang hadir pada hari berkenaan. Acara dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, En. Zailani Kadir.
Acara diteruskan dengan Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Perakuan menyimpan Rahsia Dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Semua Ahli Majlis perlu mengangkat sumpah dan menandatangani perakuan tersebut. Ahli Majlis yang baru menerima perlantikan juga membuat Ikrar atau Akujanji Integriti Ahli Majlis. Ini sebagai syarat yang perlu dilakukan setelah menerima perlantikan sebagai Ahli Majlis.

Acara seterusnya adalah taklimat ringkas mengenai Majlis Daerah Sabak Bernam. Taklimat ringkas disampaikan dengan tayangan slaid. Diharap agar Ahli-ahli Majlis yang dilantik bagi sesi 2012/2013 dapat memberi komitmen yang terbaik agar dapat membawa kebaikan bersama untuk Majlis Daerah Sabak Bernam.












Pemantapan Budaya 5S




Laporan Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti-Pemantapan Budaya 5S

Unit Latihan Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti-Pemantapan Budaya 5S pada 20 Februari 2012(Isnin). Kursus bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 5.30 petang, bertempat di Bilik Gerakan Bunga Mawar, Majlis Daerah Sabak Bernam. Seramai 50 orang peserta yang terlibat. Mereka yang terlibat adalah semua kakitangan daripada semua bahagian.
Unit Latihan  mengadakan kursus sehari ini bagi memantapkan budaya amalan persekitaran berkualiti (5S) kepada semua kakitangan dengan bertujuan untuk memantapkan budaya 5S kepada kakitangan lama dan memberi pendedahan dan membudayakan amalan 5S kepada kakitangan baru.
Fasilitator yang terlibat ialah Dr. Yusof Rabu. Beliau merupakan perunding kualiti yang diiktiraf MPC untuk menjayakan kursus ini iaitu Pro-Mind Solution yang juga merupakan perunding yang telah membantu Majlis Daerah Sabak Bernam memperolehi persijilan 5S pada tahun 2011. Kebersihan dan disiplin adalah perkara penting untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan ditempat kerja. Program 5S mengfokuskan kepada gerak kerja pembersihan, disiplin, metodologi dan teknik.
5S ialah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Seiri bermaksud menyisih barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan buangkannya. Seiton ialah menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah untuk diambil dan dikembalikan semula. Manakala, Seiso bermaksud membersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan. Seterusnya, Seiketsu bermaksud memastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan. Dan yang terakhir, Shitsuke ialah sentiasa mengamalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya dalam sesebuah organisasi.
Antara kandungan kursus tersebut adalah kepentingan 5S. Antara kepentingan 5S ialah produktiviti, kualiti, kos, penghantaran, keselamatan dan moral. Seterusnya turut dibincangkan adalah 3 jenis perbezaan tempat kerja. Perbezaan tempat kerja dibahagikan kepada kelas ketiga, kelas kedua dan kelas pertama. 4 kunci utama kejayaan 5S turut dirungkai oleh fasilitator. Kunci kejayaan 5S antaranya ialah kesungguhan dan sokongan yang berterusan oleh pihak pengurusan, 5S bermula dari pendidikan dan latihan, tidak ada pemerhati didalam 5S dan semua orang perlu terlibat dan ulangi putaran 5S untuk mencapai standard yang lebih tinggi. Diharap agar kursus ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pekerja dan organisasi.