Selamat Datang Ke Blog Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam


Berita

(23/09/2011) PBT Terima Peruntukan Tambahan RM44.4 Juta




PUTRAJAYA: Sejumlah RM44.4 juta peruntukan tambahan disalurkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara tahun ini.
Menterinya, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM29.4 juta adalah peruntukan untuk PBT di Semenanjung dan bakinya untuk Sabah dan Sarawak. "Peruntukan itu bagi membolehkan PBT melaksanakan projek-projek pembangunan kecil seperti pembaikan dan naik taraf jalan, longkang, parit, tandas, dewan dan sebagainya.


"Nilai projek juga adalah tidak melebihi RM20,000 bagi setiap projek yang dilaksanakan dan berharap semua PBT dapat menggunakan peruntukan yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peruntukan khas itu di sini hari ini. Beliau berkata, sehingga 15 September tahun ini, sejumlah RM181,890,198.11 peruntukan diluluskan kepada 98 PBT seluruh negara. Chor berkata, peruntukan tambahan diberikan hampir setiap tahun bagi membantu PBT. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian Online, 23 September 2011

No comments:

Post a Comment