Selamat Datang Ke Blog Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam


Sumber

Perundangan


Akta

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
- Akta ini digubal bertujuan untuk memperincikan mengenai penubuhan, peranan, perjalanan dan kuasa Kerajaan Tempatan seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang.
- Ia berfungsi sebagai akta penting bagi pembentukan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis). Ia mengawal segala urusan dan perjalanan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan, menentukan mengenai bidangkuasa dan tindakan penguatkuasaan, menggubal undang-undang kecil, menjelaskan punca-punca hasil dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133)
- Akta ini digubal untuk mengawal aktiviti pembinaan dan projek pembangunan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan jalan, parit dan bangunan.
- Sebarang penyediaan dan pembinaan jalan, parit dan bangunan serta kerja-kerja tanah perlu mematuhi piawaian kelulusan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk terjamin dan terpelihara.


Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172)
- Akta ini digubal bertujuan untuk memastikan perancangan dan projek pembangunan yang dijalankan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berada di dalam keadaan teratur dan tersusun mengikut zon dan kriteria yang telah ditentukan.
- Ini penting supaya setiap pembangunan yang dirancang bersesuaian dengan kondisi setempat serta seiring dengan peredaran kemajuan semasa.
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
- Akta ini digubal bagi melancarkan dan memperkemaskan hal-hal yang berkaitan urusan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama dengan sempurna.
- Ia memperincikan kuasa dan tanggungjawab pihak-pihak berkaitan ke arah penyenggaraan dan pengurusan Bangunan dan Harta Bersama yang teratur dan berkesan.


Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
- Akta ini digubal untuk memudahkan pecah bahagian bangunan kepada petak-petak dan pelupusan hakmilik-hakmilik berdaftar.
- Ia bagi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan pemegangan petak-petak dalam bangunan, pendaftaran hakmilik yang berhubungan dengan petak-petak dalam bangunan, pemindahmilikan petak-petak dalam bangunan, pajakan-pajakan dan gadaian berkenaan petak-petak dalam bangunan serta hak dan kepentingan dalam bangunan.


Undang-Undang Kecil


1. Undang-Undang Kecil Penjaja (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti di bawah tafsiran penjaja dalam kawasan Majlis termasuk penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini juga penentuan syarat bagi aktiviti dan lesen penjaja tersebut.


2. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Ia bertujuan untuk mengawal aktiviti pembuangan sampah sarap haram di tempat-tempat yang tidak dibenarkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


3. Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan, tred perniagaan dan perindustrian dalam kawasan Majlis.
- Ia bertujuan untuk menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini juga penentuan syarat bagi sesuatu aktiviti yang akan dilesenkan di bawah undang-undang kecil ini.


4. Undang-Undang Kecil Iklan (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan iklan dan pemasangan iklan dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan iklan yang dipamerkan atau pemasangan iklan yang dibuat adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


5. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan iklan pilihanraya dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan semua iklan pilihanraya yang dipamerkan adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


6. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan kerja tanah dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan semua kerja tanah yang dilakukan mempunyai permit kerja, kelulusan dan tataamalannya dipatuhi di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


7. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan tempat letak kereta persendirian dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada penguasaha-pengusaha yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


8. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan tandas awam dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan tandas-tandas awam ini diselenggara dengan baik dan terjaga kebersihannya di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


9. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MDSB) 2007
 - UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan anjing dan rumah pembiakan anjing dalam kawasan Majlis.
- Ia memperjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada pengusaha atau pemilik anjing yang tidak mematuhi peraturan atau yang telah mewujudkan suatu kacau ganggu dan tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


10. Undang-Undang Kecil Taman (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal kawasan yang telah diisytiharkan sebagai suatu taman dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan taman ini sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan terjaga kebersihannya untuk keselesaan orang ramai di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


11. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan vandalisme dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan semua harta Majlis sentiasa berada dalam keadaan baik dan terjaga kebersihannya di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada individu atau kumpulan yang didapati merosakkan harta Majlis termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
12. Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MDSB) 2005
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan tanah perkuburan Islam dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan pengebumian di tanah-tanah perkuburan ini diuruskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan di bawah undang-undang kecil ini.


13. Undang-Undang Kecil Pasar (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pasar dalam kawasan Majlis termasuk pasar awam dan pasar persendirian.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


14. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan establisymen makanan dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan dibawah undang-undang kecil ini.


15. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MDSB) 2007
 - UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pengendali makanan dalam kawasan Majlis.
- Ia bagi memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai dikendalikan dalam keadaan bersih dan mengikut peraturan-peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


16. Undang-Undang Kecil Hotel (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan hotel dalam kawasan Majlis.
 - Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


17. Undang-Undang Kecil Kolam Renang (MDSB) 2007
 - UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan kolam renang dalam kawasan Majlis termasuk kolam renang awam dan kolam renang persendirian.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


18. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


19. Undang-Undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat sukan persendirian dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


20. Undang-Undang Kecil Siber dan Kafe Siber (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat siber dan kafe siber dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


21. Undang-Undang Kecil Krematorium (MDSB) 2007
- UUK ini digubal untuk mengawal, menyelenggara dan menyelia aktiviti tanah perkuburan bagi orang bukan Islam dalam kawasan Majlis.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.


22. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MDSB) Jalan Parit & Bangunan 2005
- UUK ini digubal untuk memperincikan kesalahan yang boleh dikompaun dan had jumlah bayaran kompaun termasuk tatacara pembayaran kompaun tersebut bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
23. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MDSB) Kerajaan Tempatan 2005
- UUK ini digubal untuk memperincikan kesalahan yang boleh dikompaun dan had jumlah bayaran kompaun termasuk tatacara pembayaran kompaun tersebut bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.


24. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986
- UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan kerja-kerja pembangunan dan pembinaan bangunan dalam kawasan Majlis.
- Ia memperincikan secara khusus struktur pembinaan sesuatu binaan bagi memastikan bangunan yang dibina menepati garis panduan dan standard piawaian yang telah ditetapkan.


Enakmen

Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau Selangor 1971
- Enakmen ini digubal untuk mengawal haiwan yang tergolong dalam tafsiran kerbau dan lembu dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
- Ianya digubal bagi memperincikan perkara-perkara berhubung dengan haiwan berkenaan, mengenai tindakan penguatkuasa dan kuasa-kuasa dan tanggungjawab-tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengawal haiwan tersebut.




Enakmen Hiburan Dan Tempat Hiburan 1995
- Enakmen ini digubal dalam mengawal aktiviti berkaitan hiburan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
- Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dari sudut pelesenan, tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah enakmen ini juga penentuan syarat bagi aktiviti dan lesen hiburan tersebut.


Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 


- Peraturan-peraturan ini digubal dalam mengawal aktiviti berkaitan hiburan di dalam Negeri Selangor.




Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker Dan Video) (Selangor) 1996 


- Peraturan-Peraturan ini diwujudkan bagi mengawal dan menyelia sebarang aktiviti berkaitan permainan snuker dan video di dalam Negeri Selangor.


KAEDAH / PERINTAH


1. Kaedah-kaedah Pekerja Kelakuan & Tatatertib (Majlis Daerah Sabak Bernam) 1995
- UUK ini digubal untuk mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan disiplin kakitangan dan pegawai Majlis.
- Ia memperincikan secara khusus tindakan yang boleh dikenakan kepada kakitangan dan pegawai sekiranya didapati telah melakukan perkara-perkara yang merupakan suatu kesalahan di bawah kaedah-kaedah ini atau mana-mana undang-undang lain seperti yang diputuskan oleh Majlis.


2. Perintah Tetap (Mesyuarat) MDSB 2007
- Perintah ini digubal untuk memastikan perjalanan mesyuarat Majlis samada mesyuarat biasa atau khas supaya sentiasa dalam keadaan terkawal dan berjalan lancar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


3. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukkan Tempat Letak Kereta) MDSB 2007
- Perintah ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan peruntukan mengenai tempat letak kereta dalam kawasan Majlis.
- Ia bertujuan untuk mengawal aliran lalulintas dan mendidik pengguna supaya meletak kereta di petak tempat letak kereta yang disediakan di samping memastikan pengguna membayar caj yang dikenakan.
- Ia juga menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah perintah ini.

No comments:

Post a Comment