Selamat Datang Ke Blog Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam


KURSUS “TEAMBUILDING” KAKITANGAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM


Satu kursus ‘teambuilding’ bagi kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah diadakan selama 2 hari 1 malam pada 4 April 2012 sehingga 5 April 2012 bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.
Seramai 45 orang peserta terdiri daripada kakitangan MDSB telah menghadiri kursus ini. Kursus yang telah dikelolai oleh Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan MDSB ini memberi peluang kepada para peserta memotivasikan diri serta dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi sekaligus dapat merehatkan minda daripada tekanan kerja di pejabat. Dengan adanya En. Elyas Bin Ismail dari E-Class Training, selaku fasilitator menambahkan lagi keseronokan kursus ini dengan memberikan pengalaman yang cukup indah untuk dikenang.
Antara aktiviti yang di lakukan adalah seperti berakit, ‘night walk’, bersenam, dan juga berperang dengan ‘paintball’.

Diharapkan agar MDSB akan menganjurkan lagi kursus yang berfaedah seperti ini untuk memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara peserta tanpa mengira pangkat dan usia. Syabas dan Tahniah Diucapkan.